Tuesday, February 1, 2011

Video Teknologi & Inovasi

10 Koleksi Video Teknologi & Inovasi

1. Pen Quran Digital
Bacaan Al-Quran yang lancar akan kedengaran apabila pen itu diacukan pada ayat-ayat suci pada alQuran.


2. Seymourpowell Aircruise
Belon udara ini adalah seperti hotel mewah yang terbang dengan perlahan dan direka oleh Seymourpowell. Sama seperti kapal mewah, bergerak perlahan-lahan dengan tujuan membawa penumpang menikmati keindahan alam dari atas. Ini adalah konsep yang mungkin menjadi kenyataan kelak


3.Kereta Sorong Bayi Pelbagai Fungsi
Kereta sorong bayi keluaran Taga ini boleh diselaraskan sesuai dengan keperluan. Boleh dijadikan basikal sekiranya mahu membawa si bayi bersiar2 dalam masa yang lama contohnya di taman. Juga boleh dijadikan kereta sorong sekiranya membawa bayi ke seperti pusat membeli belah dan sebagainya.


4. Cyberdine Exoskeleton
Merupakan sebuah sut yang membantu seseorang yang lumpuh untuk bangun dan berjalan. Selain itu tujuan sut ini adalah untuk membantu meringankan beban semasa melakukan kerja-kerja berat. Aktiviti harian kita bergantung kepada otak termasuklah pergerakan otot-otot pada anggota badan. Sebelum membuat pergerakan, otak kita memberi signal atau isyarat untuk menggerakkan badan. Oleh itu sut ini mengesan signal-signal dari otak dan memindahkan signal kepada bentuk kod-kod arahan supaya sut tersebut dapat bertindak. Terima kasih kepada saintis dan jurutera Jepun yang memainkan peranan yang besar untuk kebaikan masyarakat terutamanya kepada orang yang lumpuh dan warga tua.



5. Kereta Terbang
Terrafugia, Inc. telah berjaya melengkapkan program ujian penerbangan untuk "Transition Roadable Aircraft Proof of Concept". Setelah mendapat gelaran ''The Flying Car', ia melakukan penerbangan bersejarah pertama pada 5 Mac 2009 dengan 27 penerbangan tambahan diselesaikan selama beberapa minggu berikutnya.


6.Tempat Parkir Basikal Bawah Tanah
Tempat parking basikal bawah tanah untuk menjimatkan ruang yang sedia ada dan juga masalah kecurian basikal dapat dikurangkan. Tempat letak basikal ini terletak di bawah tanah dan berbentuk silinder. Di Jepun aktiviti berbasikal adalah popular kerana kawasan perbandaran mereka yang sempit dan padat. Mereka merekabentuk kemudahan ini dan boleh memuatkan 8 ratus basikal di dalamnya. Terdapat sistem yang dapat memanggil semula basikal yang disimpan naik ke atas.


7. Keretapi Tanpa Undur
Inovasi keretapi dari Jepun yang tidak perlu lagi rasa seperti mengundur ke belakang. Hanya dengan menekan butang, kerusi dalam keretapi tersebut akan berpusing dengan sendirinya dan penumpang tidak akan merasa berundur walaupun hakikatnya keretapi tersebut sedang mengundur.


8. Lori Volvo "Vision 2020"
Lori masa hadapan volvo berkonsep Vision 2020. Rekabentuk lori ini agak ringkas tetapi menarik. Telah direkabentuk dengan pelbagai teknologi canggih bagi memudahkan pemandu memandu dengan lebih selesa.


9.Kamera Digital Kodak Easyshare M550
Proses perkongsian gambar kini mudah dengan hanya menekan butang 'Share', gambar2 yang diambil sudah sedia untuk dimuat naik dalam Facebook,Flickr dan sebagainya.


10.Acer Iconia
Memiliki skrin sesentuh pada kedua-dua belah bukaan, komputer riba yang dikenali sebagai Iconia melangkah ke dimensi teknologi paparan sesentuh secara total.Ia juga didatangkan dengan saiz penuh paparan QWERTY sama seperti papan kekunci tradisional. Mempunyai aplikasi yang menarik seperti Gesture Editor,aplikasi My Journal ,aplikasi Web Clip untuk buka laman web kegemaran,laman web pilihan atau topik-topik dan mengakses laman web yang dipaparkan dengan hanya satu sentuhan dan Scrapbook untuk menyimpan keratan laman web sebagai rujukan. Jika mahu menaip sesuatu letakkan kedua-dua belah tapak tangan anda pada skrin kedua, papan kekunci maya akan muncul secara automatik.