Tuesday, March 29, 2011

The Making Of....Marine Life

Video Klip Tugasan Kumpulan
Model Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik

-Diorama Hidupan Laut-
Ahli Kumpulan:

Sunday, March 13, 2011

BBM Bukan Elektronik

Model Paru-Paru

Disini, ingin saya kongsikan bersama rakan-rakan tentang model BBM bukan elektronik yang telah saya cipta berilhamkan rujukan-rujukan di internet. Model ini sesuai digunakan untuk mengajar subjek Sains (Biologi) amnya dan topik tentang proses respirasi khususnya.

Bahan yang diperlukan untuk membuat model ini seperti botol plastik, beg plastik, belon, getah, tiub vinyl, penyambung tiub, gunting, pisau dan pita pelekat. Inilah hasilnya apabila 'paru-paru' mengembang dan menguncup:

1. Low Angle

2. High Angle

3. Extreme Close Up

4. Big Close Up

5. Close Up

6. Medium Close Up

7. Medium Shot

8. Medium Long Shot

9. Long Shot

10. Extreme Long Shot


[NOTA]
Secara Sainsnya:
Apabila kita menarik beg plastik ke bawah, tekanan udara dalam botol plastik rendah, sebaliknya isipadu botol itu bertambah. Ini mengurangkan tekanan serta menyebabkan udara di luar akan masuk ke dalam belon. Apabila helaian beg plastik itu ditolak ke atas, isipadu botol itu berkurang dan tekanan udara dalam botol itu bertambah. Ini mengakibatkan tekanan menolak udara keluar dari belon.

Wednesday, March 2, 2011

Laman Sosial dan Pendidikan

Isu Berkaitan Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan

Apabila disebut sahaja tentang Facebook, Twitter, Myspace dan pelbagai jenis laman sosial yang lain, pasti semua orang tahu tentangnya, hatta kanak-kanak yang baru menjejakkan kaki ke Darjah 1 pun sudah mempunyai akaun Facebook sendiri yang dikendalikan oleh dirinya sendiri. Bagi kita yang baru berjinak-jinak dengan era teknologi yang kian berkembang pesat ini, hal ini mungkin sesuatu yang agak pelik dan janggal. Zaman kanak-kanak kita dahulu banyak dihabiskan dengan aktiviti 'outdoor' seperti teng-teng, main guli, galah panjang dan sebagainya tetapi zaman kanak-kanak 'millenial' kini sangat jauh bezanya. Mereka lebih suka untuk melakukan aktiviti 'indoor' dengan bermain permainan elektronik seperti Playstation, komputer, internet dan sebagainya. Dengan ini, mereka lebih terdedah dengan dunia siber. Tidak hairanlah kanak-kanak kini lebih gemar meluangkan banyak masa di depan komputer berbanding bergaul dengan rakan-rakan sebaya.
Apa yang mengejutkan lagi, ada bapa di Mesir yang menamakan anak perempuannya dengan nama Facebook Jamal Ibrahim kerana besarnya peranan laman sosial Facebook itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir!!! Betapa besarnya peranan Facebook bagi masyarakat kini. Jika dilihat dari aspek pendidikan, laman sosial turut memainkan peranan dalam penyebaran maklumat untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Contohnya, seorang pendidik boleh berhubung dengan pendidik-pendidik lain di tempat yang berbeza-beza untuk bertukar-tukar pandangan dan boleh juga digunakan bersama pelajar mereka bagi menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna. Laman sosial seperti Facebook juga membolehkan seseorang penyelidik mengumpul data kajian melalui temuramah secara maya.

Daripada kajian yang dilakukan, 96 peratus pelajar dilaporkan bahawa mereka pernah menggunakan sebarang teknologi rangkaian sosial, seperti 'chatting', 'blogging' dan melawat komuniti dalam talian, seperti Facebook, MySpace dan sebagainya. Pelajar-pelajar ini melaporkan bahawa salah satu topik yang paling umum dari perbualan di kancah rangkaian sosial adalah tentang pendidikan. Hampir 60 peratus daripada pelajar yang menggunakan rangkaian sosial berbincang tentang topik pendidikan dalam talian dan yang mengejutkan lagi, lebih daripada 50 peratus berbincang khusus tentang kerja sekolah.
Pesan Rasulullah SAW:
"Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!. Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu."
Oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik generasi muda sekarang agar tidak leka akan perkembangan arus teknologi semasa. Ini kerana mendidik anak pada zaman siber ini bukan suatu perkara yang mudah. Banyak cabaran terpaksa ditempuhi kerana anak-anak masa kini banyak pendedahan yang dipelajari daripada persekitaran dunia tanpa sempadan. Kadang-kadang ilmu mereka menjangkaui pengetahuan ibu bapa. Ilmu-ilmu yang bermanfaat tidak pernah merungsingkan sebaliknya menjadi kebanggaan tetapi ilmu-ilmu yang merosakkan itulah yang menjadi kebimbangan ibu bapa.
Antara saranan saya supaya penggunaan laman sosial ini berkesan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran adalah:
  1. Mencari cara terbaik untuk memanfaatkan nilai pendidikan dalam laman sosial. Ada pendidik telah membuat kajian dimana pelajar lebih suka berada di ruangan sembang (chat room), blog, dan sebagainya untuk membuat tugasan serta ulangkaji. Aktiviti ini menarik minat pelajar, walaupun kepada pelajar yang jarang menghadiri kelas.
  2. Para guru atau pensyarah boleh memuatnaik tugasan/bahan pengajaran untuk pelajar ke dalam laman sosial. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklumbalas tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah serta merta. Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi dalam subjek tersebut terus menerus dari gurunya tanpa perlu menunggu dalam jangka masa yang lama.
  3. Menggalakkan syarikat laman dan jaringan sosial ini meningkatkan lagi nilai pendidikan. Pemimpin-pemimpin pendidik harus membuat usahasama dengan syarikat laman dan jaringan sosial ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
  4. Mengkaji semula dasar laman jaringan sosial ini. Masih banyak sekolah dan institusi pengajian masih melarang dan menyekat penggunaan Internet kerana bimbang akan pengaruh buruk yang dibawa dari Internet ke dalam pemikiran pelajar. Jadi, untuk menjadikan ia lebih mudah, nilai pendidikan perlu diterapkan dan jelas. Hal yang sama juga perlu diterapkan pada jaringan sosial. Dasar keselamatan masih penting supaya para pelajar tahu tentang keselamatan yang perlu dititkberatkan ketika melayari Internet, tahu apa yang seharusnya mereka layari di Internet agar tidak menyimpang dari tujuan sebenarnya yang untuk mengakses ilmu pengetahuan.
  5. Para pengajar boleh menggunakan laman sosial tersebut untuk membincangkan isu-isu dalam pendidikan secara langsung dengan pelajarnya berhubung dengan subjek/kursus yang diajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan mereka.
Link tugasan GGGE2123 Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan:
10 Koleksi Gambar Teknologi & Inovasi
10 Koleksi Video Teknologi & Inovasi