Monday, January 31, 2011

Gambar Teknologi & Inovasi

10 Koleksi Gambar Teknologi & Inovasi

1. Roller Buggy

Roller Buggy adalah sebuah kereta sorong bayi yang juga dilengkapi dengan skuter manual dimana kita boleh menolak kereta bayi sambil menaiki skuter ini.Jadi, si ibu tidak perlu terlalu lelah hanya untuk menolak kereta bayi. Roller Buggy juga bolah dilipat dan tempat duduk untuk bayi sendiri bisa diselaraskan sesuai dengan kehendak.

2. Bekas Makanan "Piramid Makanan"

Ini adalah bekas makanan yang telah siap direka mengikut jenis makanan yang dimakan. Yang paling bawah itu adalah karbohidrat (nasi), yang kedua adalah sayur-sayuran dan paling atas adalah protein(ayam atau daging). Kita mungkin tahu tentang apa itu piramid makanan tetapi kita tidaklah selalu mematuhinya. Jadi, bekas ini dijadikan satu ‘templat’ untuk mengingatkan serta membimbing kita untuk makan secara sihat.


3. Raindrop Collector

Penjimatan air amat penting bagi kehidupan seharian kerana tanpa air, kita akan mati.Jadi, rekaan yang dinamakan Rain Drops ini direka khas untuk mengumpul air hujan dari atap. Yang pastinya, ia bukan untuk diminum tetapi air ini boleh digunakan untuk menyiram tanaman, membasuh tangan dan sebagainya.Yang menariknya air hujan ini sudah sedia dibotolkan dan sedia untuk digunakan.


4. Bel-Air: Rumah Hijau Mini

Penapis udara ini telah direkabentuk oleh seorang pereka Perancis Mathieu Lehanneur dan Professor Harvard David Edwards. Apa yang menariknya adalah dengan menggunakan kipas yang terdapat pada alat ini, angin akan melalui kebuk melalui setiap ruang pada pokok dalam kebuk tersebut.Kesannya adalah udara yang keluar lebih segar dan mengurangkan toksik-toksik dalam udara. Pokok yang ditanam pada alat ini adalah yang jenis yang boleh menyerap toksik.


5. C-Bot: Robot Pemanjat Bangunan


Robot yang diberi nama C-Bot ini merupakan robot peninjau yang bersaiz kecil bertujuan untuk memeriksa rekahan atau permukaan bangunan-bangunan. Selalunya robot digunakan untuk tugas-tugas yang manusia tidak mampu lakukan atau lokasi tugas yang terlalu berbahaya. Menariknya robot ini adalah, ia mempunyai kaki yang melekat seakan-akan kaki seekor cicak. Kaki cicak mempunyai sejenis permukaan rambut yang halus sehingga dapat melekat pada permukaan yang licin. Selain itu robot ini juga dapat mengesan sesuatu rekahan menggunakan sinaran ultra sonik.

6. UltraSilencer Green

Electrolux memperkenalkan penyedut hampagas yang mesra alam sekitar. 55% daripada kerangka hampagas UltraSilencer Green diperbuat daripada bahan kitar semula- dapat menjimatkan 90% tenaga berbanding menggunakan plastik. Menggunakan 56 % kertas kitar semula- menjadikan pembelian produk berkenaan satu pelaburan terhadap pemuliharaan alam sekitar. Mempunyai berat mencecah 54 kg ini mudah digunakan dan dibawa kemana-mana sahaja. Dengan teknologi udara senyap, pengguna juga tidak akan lagi diganggu dengan bunyi bising apabila menggunakan penyedut hampagas UltraSilencer Green. Turut menggunakan penapis HEPA yang berkebolehan menapis habuk-habuk kecil seperti debunga, hama habuk dan lain-lain lagi bagi memastikan udara sentiasa segar. Penapis HEPA itu boleh dibasuh dengan mudah untuk menjimatkan penggunaan penapis yang banyak apabila menggunakan hampagas. Mengurangkan sebanyak 33% tenaga - dapat menjimatkan elektrik yang digunakan oleh pengguna.

7. Energy Seed
Bateri lama yang tidak dipakai boleh dikitar semula dengan produk ini.Dengan hanya membuang bateri ke tempat yang sepatutnya iaitu sebuah bekas kitar semula yang dipasang dengan lampu.
Produk ini direkabentuk supaya dapat mengitar semula bateri yang lama dengan menggunakan baki tenaga yang terdapat pada bateri ini untuk menyalakan lampu ini. Dengan yang demikian produk ini boleh digunakan sebagai lampu jalan. Lampu berbentuk seperti cincin ini menggunakan LED. LED hanya menggunakan 2V untuk dinyalakan dan baki kuasa pada bateri lama mempunyai kira-kira 0.8V hingga 1.3V. Oleh itu dengan mudah bateri lama ini mampu menjanakan kuasa untuk lampu jalan ini

8. Dinding Maya untuk Pelintas Jalan Kaki

Lintasan pejalan kaki selalunya tidak selamat untuk pejalan kaki. Walaupun jika ada lampu merah sekalipun, pemandu sering melanggar jika didapati tiada orang melintas. Sikap begini menyebabkan pejalan kaki berasa tidak yakin untuk melintas dan berasa tidak selamat. Sistem yang direka ini mampu meningkatkan keselamatan pejalan kaki yang ingin melintas jalan. Arahan yang tegas dikeluarkan melalui sistem ini dan membentuk dinding maya.Rekaan: HanYoung Lee


9. PDA Pacmate

OKU penglihatan mempunyai alternatif dengan hanya menggunakan hujung jari mereka untuk memperoleh segala maklumat dengan melayari laman web iaitu dengan menggunakan PDA jenama Pacmate keluaran Freedom Scientific . Penggunaan perisian pembaca layar (screen reader software) telah dipasang di dalam komputer bagi memastikan OKU penglihatan dapat melayari Internet- membolehkan OKU penglihatan mendengar output yang keluar di komputer dalam bentuk audio. Perisian yang digunakan- Job Access With Speech (JAWS), Window-Eyes dan NonVisual Desktop Access (NVDA). Banyak perisian boleh digunakan oleh OKU penglihatan kecuali berbentuk imej. Laman web perlu menepati Web Accessibility agar golongan OKU dapat menggunakannya- akan memainkan peranan penting agar semua isi kandungan di laman yang dilayari dapat dibaca. Sebagai contoh jika laman web berkenaan mempunyai gambar, ia perlu melabelkannya dalam bentuk teks agar perisian pembaca layar dapat membacanya. Biasanya digunakan oleh golongan profesional OKU penglihatan seperti peguam, wartawan dan sebagainya

10. Pemotong Rumput "Muwi"
Pemotong rumput automatik ini bernama Muwi telah direkabentuk oleh Yuli Sung. Muwi akan memotong rumput secara automatik apabila diletakkan di atas padang rumput. Rumput yang telah dipotong akan disimpan di dalamnya. Yang uniknya adalah mesin ini dapat memampatkan rumput-rumput yang telah dipotong dan menghasilkan dua jenis blok, iaitu bentuk sfera dan silinder. Rumput yang sepatutnya dibuang telah dijadikan alat permainan dan riadah dengan jayanya.

0 comments:

Post a Comment