Wednesday, March 2, 2011

Laman Sosial dan Pendidikan

Isu Berkaitan Teknologi & Inovasi dalam Pendidikan

Apabila disebut sahaja tentang Facebook, Twitter, Myspace dan pelbagai jenis laman sosial yang lain, pasti semua orang tahu tentangnya, hatta kanak-kanak yang baru menjejakkan kaki ke Darjah 1 pun sudah mempunyai akaun Facebook sendiri yang dikendalikan oleh dirinya sendiri. Bagi kita yang baru berjinak-jinak dengan era teknologi yang kian berkembang pesat ini, hal ini mungkin sesuatu yang agak pelik dan janggal. Zaman kanak-kanak kita dahulu banyak dihabiskan dengan aktiviti 'outdoor' seperti teng-teng, main guli, galah panjang dan sebagainya tetapi zaman kanak-kanak 'millenial' kini sangat jauh bezanya. Mereka lebih suka untuk melakukan aktiviti 'indoor' dengan bermain permainan elektronik seperti Playstation, komputer, internet dan sebagainya. Dengan ini, mereka lebih terdedah dengan dunia siber. Tidak hairanlah kanak-kanak kini lebih gemar meluangkan banyak masa di depan komputer berbanding bergaul dengan rakan-rakan sebaya.
Apa yang mengejutkan lagi, ada bapa di Mesir yang menamakan anak perempuannya dengan nama Facebook Jamal Ibrahim kerana besarnya peranan laman sosial Facebook itu dalam organisasi pemberontakan di Tahrir Square dan beberapa kawasan lain di Mesir!!! Betapa besarnya peranan Facebook bagi masyarakat kini. Jika dilihat dari aspek pendidikan, laman sosial turut memainkan peranan dalam penyebaran maklumat untuk aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Contohnya, seorang pendidik boleh berhubung dengan pendidik-pendidik lain di tempat yang berbeza-beza untuk bertukar-tukar pandangan dan boleh juga digunakan bersama pelajar mereka bagi menyampaikan maklumat dan bahan pengajaran berguna. Laman sosial seperti Facebook juga membolehkan seseorang penyelidik mengumpul data kajian melalui temuramah secara maya.

Daripada kajian yang dilakukan, 96 peratus pelajar dilaporkan bahawa mereka pernah menggunakan sebarang teknologi rangkaian sosial, seperti 'chatting', 'blogging' dan melawat komuniti dalam talian, seperti Facebook, MySpace dan sebagainya. Pelajar-pelajar ini melaporkan bahawa salah satu topik yang paling umum dari perbualan di kancah rangkaian sosial adalah tentang pendidikan. Hampir 60 peratus daripada pelajar yang menggunakan rangkaian sosial berbincang tentang topik pendidikan dalam talian dan yang mengejutkan lagi, lebih daripada 50 peratus berbincang khusus tentang kerja sekolah.
Pesan Rasulullah SAW:
"Ajarlah anak-anak kamu untuk zaman yang bukan zaman kamu. Anak adalah milik zamannya, maka didiklah anak sesuai zamannya!. Ajarlah anak-anakmu, bukan dalam keadaan yang serupa denganmu. Didiklah dan persiapkan lah anak-anakmu untuk suatu zaman yang bukan zamanmu. Mereka akan hidup pada suatu zaman yang bukan zamanmu."
Oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting untuk mendidik generasi muda sekarang agar tidak leka akan perkembangan arus teknologi semasa. Ini kerana mendidik anak pada zaman siber ini bukan suatu perkara yang mudah. Banyak cabaran terpaksa ditempuhi kerana anak-anak masa kini banyak pendedahan yang dipelajari daripada persekitaran dunia tanpa sempadan. Kadang-kadang ilmu mereka menjangkaui pengetahuan ibu bapa. Ilmu-ilmu yang bermanfaat tidak pernah merungsingkan sebaliknya menjadi kebanggaan tetapi ilmu-ilmu yang merosakkan itulah yang menjadi kebimbangan ibu bapa.
Antara saranan saya supaya penggunaan laman sosial ini berkesan dalam aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran adalah:
  1. Mencari cara terbaik untuk memanfaatkan nilai pendidikan dalam laman sosial. Ada pendidik telah membuat kajian dimana pelajar lebih suka berada di ruangan sembang (chat room), blog, dan sebagainya untuk membuat tugasan serta ulangkaji. Aktiviti ini menarik minat pelajar, walaupun kepada pelajar yang jarang menghadiri kelas.
  2. Para guru atau pensyarah boleh memuatnaik tugasan/bahan pengajaran untuk pelajar ke dalam laman sosial. Dengan ini, pelajar akan memberikan maklumbalas tentang jawapan atau masalah yang mereka hadapi dalam menyelesaikan masalah serta merta. Pelajar akan mendapat jawapan dari keraguan yang mereka hadapi dalam subjek tersebut terus menerus dari gurunya tanpa perlu menunggu dalam jangka masa yang lama.
  3. Menggalakkan syarikat laman dan jaringan sosial ini meningkatkan lagi nilai pendidikan. Pemimpin-pemimpin pendidik harus membuat usahasama dengan syarikat laman dan jaringan sosial ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
  4. Mengkaji semula dasar laman jaringan sosial ini. Masih banyak sekolah dan institusi pengajian masih melarang dan menyekat penggunaan Internet kerana bimbang akan pengaruh buruk yang dibawa dari Internet ke dalam pemikiran pelajar. Jadi, untuk menjadikan ia lebih mudah, nilai pendidikan perlu diterapkan dan jelas. Hal yang sama juga perlu diterapkan pada jaringan sosial. Dasar keselamatan masih penting supaya para pelajar tahu tentang keselamatan yang perlu dititkberatkan ketika melayari Internet, tahu apa yang seharusnya mereka layari di Internet agar tidak menyimpang dari tujuan sebenarnya yang untuk mengakses ilmu pengetahuan.
  5. Para pengajar boleh menggunakan laman sosial tersebut untuk membincangkan isu-isu dalam pendidikan secara langsung dengan pelajarnya berhubung dengan subjek/kursus yang diajar. Dengan ini, dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran menggunakan ICT dan laman sosial serta berdikari menyelesaikan masalah pembelajaran dan tugasan mereka.
Link tugasan GGGE2123 Teknologi & Inovasi Dalam Pendidikan:
10 Koleksi Gambar Teknologi & Inovasi
10 Koleksi Video Teknologi & Inovasi

20 comments:

helang timur said...

Laman sosial boleh digunakan sebagai salah satu alternatif dalam sistem pengajaran dan pembelajaran pada masa kini. Antara saranan yang boleh digunakan bagi meningkatkan keberkesanan sistem pembelajaran melalui laman sosial adalah:
1) Menghadkan penggunaan internet. Pelajar hanya dibenarkan melayari laman web tertentu. Laman web yang tidak sesuai buat pelajar seharusnya ditapis dari awal dan dihalang penggunaannya oleh pihak pengurusan.
2) Menyediakan capaian khas untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, menghubungkan laman sosial dengan capaian portal pendidikan yang boleh dikunjungi oleh mana-mana pelajar yang sedang melayari alam maya.
3) Jadikan laman sosial tempat perkongisan ilmu dan tempat perbincangan isu semasa. Warga pendidik boleh menyediakan tugasan, menyebarkan info dan menggalakkan pelajar membuat diskusi di laman sosial.
4) Guru-guru menggalakkan pelajar melakukan pencarian maklumat dengan menggunakan internet dan mengaplikasikannya dengan menggunakan laman sosial.
5) Ibu bapa dan guru perlu mendidik pelajar penggunaan laman sosial yang betul dan menyatakan baik buruk penggunaan laman sosial. Ini penting supaya pelajar faham konsep sebenar laman sosial.

SITI KHADIJAH BT OMAR
A125169
TAHUN 3
FAKULTI SAINS & TEKNOLOGI
SEM 2 2010/2011
MAKMAL 3, SELASA, 8-10 PM

Hamba keinsafan said...

Tidak dinafikan bahawa laman sosial begitu popular untuk semua golongan tidak kiralah sama ada golongan tua, muda, remaja dan sebagainya. pengaruh laman sosial ini kadang kala mempunyai perkara positif mahupun negatif. hal ini bergantung kepada individu sama ada untuk menggunakan laman sosial ke arah kebaikan mahupun keburukan. Saranan ynag diberikan memberikan panduan untuk memnggunakan laman sosial dengan baik.

SITI NURULHUDA BINTI SHEH ANUAR
A127887
TAHUN 2
FSSK
SEM 2 2010/2011
MAKMAL 3, SELASA, 8-10 PM

Ny said...

Demam Facebook semakin melarat di Malaysia. Data yang dikeluarkan pada tahun lepas menunjukkan pengguna Facebook di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia dengan bilangan pengguna aktif seramai 7.5juta orang. Satu angka yang cukup besar!

Facebook ini ada pro dan kontranya. Saya sendiri menggunakan Facebook untuk berhubung dengan rakan dan keluarga yang jauh di mata. Kadang-kadang diskusi tentang assignment juga dibuat di Facebook.

Terpulanglah kepada diri sendiri bagaimana untuk menggunakan Facebook. Facebook tak salah. Salahkan diri sendiri yang terlalu 'ketagih' dengan Facebook.

MASTURA BINTI NASRUN SANI
A127641
TAHUN 2
FSSK
SEM 2 2010/2011
MAKMAL 3, SELASA, 8-10 PM

green kiwi said...

Sebagai seorang yang terpelajar seharusnya tahu menilai baik buruknya sesuatu perkara itu.Berkait dengan facebook,blog,saya setuju ianya digunakan sebagai satu cara untuk perbincangan tentang pelajaran.Ini kerana perbincangan melalui laman sosial tersebut,pelajar dapat menjimatkan masa,dan bertukar-tukar pendapat dengan ramai kenalan.Malahan,lebih bayak ilmu pengetahuan yang akan diperoleh.

CITY ZULAIHA BINTI MOHAMAD ZAID
A130775
TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN)
SELASA (8-10 MALAM)
MAKMAL 3

HidayaH said...

Facebook adalah contoh terdekat bagi mewakili laman sosial yang dikatakan sebagai berjaya. Istilah "berjaya" di sini adalah kemampuannya mempengaruhi hampir keseluruhan masyarakat untuk melayari dunia maya tersebut.

Walaupun begitu, istilah "berjaya" agak terbatas bagi mewakili segelintir individu yang telah menyalahgunakan laman-laman sosial seperti ini.

Laman sosial bukan lagi tempat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim atau berkasih sayang tetapi juga menjadi medan pertempuran, perbalahan, dan akhirnya timbul perpecahan dalam masyarakat.

Sebagai contoh, isu penceraian akibat facebook ada dibincangkan dalam forum berkenaan keluarga dan juga akhbar. Di mana terdapat laporan bahawa kecenderungan untuk berlaku curang adalah amat tinggi. Setiap pasangan terdedah dengan perkenalan baru dan kadangkala bertemu pula kekasih lama. Kesannya, keluarga tersebut pastinya bertelagah dan porak peranda.

Apa yang pasti, tanpa iman dan ilmu yang cukup, laman sosial boleh menyebabkan kita terjebak ke dalam situasi negatif seperti itu.

Maka, setiap individu perlu jelas dan bertanggungjawab terhadap setiap apa yang dilakukan bukan sahaja di alam dunia realiti tetapi juga di alam maya seperti laman sosial ini.

Semoga laman sosial "berjaya" mengukuhkan ikatan ukhuwah antara kita.

NURUL HIDAYAH ABDUL RAHMAN
A130252
TAHUN 2/SESI 2010-2011
FSSK
SELASA(8-10pm)

Farah Bahiah said...

Assalammualaikum W.B.T...

Pada pendapat saya,laman sosial sebenarnya ada baik dan buruknya.Tidak ada suatu benda yang sempurna sekalipun didunia ini.Dalam kesempurnaan tetap ada kecelaan. Bagitu juga teknologi yang semakin canggih kini yang memberi banyak manfaat kepada pengguna,namun jika disalahguna manfaat tersebut akan mendatangkan pekara negatif.

Pada pendapat saya,sebenarnya saya sangat bersetuju bahawa laman sosial dijadikan medium perkonsiaan bagi membincangkan pekara yang berkaitan dengan bidang pendidikan.Hal ini demikian,apa yang saya cakap adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Rakan-rakan saya sendiri lebih suka membincangkan tentang pekara yang berkaitan dengan pembelajaran.Pekara ini sebenarnya memberi manfaat terutama bagi perbincangan group,senang untuk berkomunikasi jika terdapat kekangan untuk berjumpa.Al maklum semuanya sibuk dengan tugas masing-masing.

Selaim itu,laman sosial juga memberi manfaat kepada pengguna,disamping membincangkan tentang pembelajaran,kadang-kadang ia diselang-seli dengan gurauan rakan-rakan melalui laman sosial.Hal ini sekaligus merapatkan lagi ukhuwah yang terjalin antara mereka.

Sebenarnya,laman sosial seharusnya dilihat dari sudut positif,bukan melihat pada sudut negatif semata-mata.Hal ini demikian,dengan adanya laman sosial juga,ia menggalakkan perkonsian ilmu melalui perkongsian yang dipostkan oleh rakan masing-masing. Disitulah timbulnya idea dan perdebatan bagi membincangkan sesuatu isu.

Semoga Laman Sosial dapat digunakan dengan BIJAK.

CHE NOOR FARAH BAHIAH BINTI CHE YUSOF
A128412
TAHUN 2/SESI 2010-2011
FSSK
SELASA(8-10PM)

yayafaf said...

Keburukan laman sosial

1. Melalaikan. Terlalu lama berdepan dengan teman-teman sosial hingga menyebabkan lupa dengan tanggungjawab. Si Zool juga terkena efek ini sehingga kadang-kadang terganggu tugas samada hakiki mahupun penulisan blog.. Ianya mampu menganggu tumpuan terutamanya jika anda menyertai ‘games’, ‘group provokasi/gossip’ dan sebagainya..
2. Obses.. Berlakunya kegilaan terhadap laman sosial hingga sukar untuk berengang darinya.. Boleh juga menimbulkan kemarahan sekiranya diganggu ketika ber’sosial’ di laman tersebut. Tak mustahil ada yang menjadi gila disebabkan obses terhadap laman sosial..
3. Terhakis pergaulan secara realiti. Ramai yang memencilkan diri dan lebih menumpukan komuniti online berbanding offline. Sedikit sebanyak mengugat komuniti tempatan.
4. Gangguan kesihatan. Sudah pasti akan memberi kesan kepada kesihatan samada fizikal ataupun mental. Ini kerana terlalu khusyuk mengadap komputer mampu memberikan impak buruk terhadap tubuh badan.
5. Gangguan oleh individu tak dikenali. Kadangkala ada individu yang tanpa disedari menceroboh peribadi . Sebab itu perlu berhati-hati dalam membenarkan mereka memasuki senarai kawan anda.

Walaubagaimanapun laman sosial mempunyai kebaikan yang boleh dimanfaatkan. Antaranya ialah :-

1. Boleh menghubungi teman lama yang terpisah. Kira cam ‘Jejak Kasih’ la. Boleh mencari kembali rakan-rakan sekolah melalui jaringan antara satu sama lain. Sambil berhubung boleh mengenang kembali kisah lama. Kisah manis, masin, pahit, tawar dan sebagainya. Silap haribulan boleh jumpa balik kekasih lama yang telah terpisah /dipisahkan. Bagi yang dah berumahtangga, elok jangan diapprovekan ‘x’ anda tu.. Nanti boleh gaduh plak.
2. Boleh membantu mempromosi sesuatu (tapi jangan SPAM plak). Macam si Zool yang mempunyai beberapa blog.. Melalui laman sosial, entri terbaru boleh dikhabarkan kepada rakan-rakan di laman sosial. Tapi jangan terlalu ghairah mempromosi sesuatu nanti anda dibenci. Malahan elok kiranya bahan yang ingin dipromosi adalah sesuatu yang menarik dan bukannya sekadar mempromo perniagaan anda..
3. Mudah memberitahu sesuatu perkara. Sebagai contoh, di waktu dulu ketika ingin melakukan majlis jemputan kahwin perlu mencari alamat rakan-rakan masing-masing. Tapi kini dengan kecanggihan laman sosial, kad kahwin boleh di letakkan di sana dan dimaklumkan kepada rakan-rakan. Mudah dan cepat.
4. Perkongsian maklumat. Kalau anda bijak mencari kawan yang sesuai, anda akan mendapat maklumat terkini dengan cepat. Ada rakan-rakan yang rajin berkongsi berita dan maklumat untuk dikongsi bersama. Sebagai contoh, dengan laman sosial anda tidak perlu membuka tv untuk mengetahui keputusan pilihanraya Hulu Selangor. Hanya buka twitter dan mereka yang bertugas akan menyalurkan maklumat terkini..

NUR RADIA BINTI HARUN
A128048
FSSK/2
PEMBANGUNAN MANUSIA

ira said...

salam...

Apabila memperkatakan tentang internet, pasti ada pro dan kontra. Bagi saya kecanggihan teknologi ini memang memberikan banyak manfaat terutamanya golongan pelajar.Kemudahan internet memberi satu dimensi baru kepada para pelajar dalam proses mencapai maklumat dengan pantas tanpa mengira lokasi dan masa.Begitu juga dalam sektor perkhidmatan, perniagaan mahupun dalam bidang perubatan. Dalam zaman yang memerlukan kepantasan ini amat wajarlah kemudahan internet sebagai wahana untuk melunaskan segala tugasan. Justeru, keburukan internet ini bergantung kepada penggunaan setiap individu. Jika pengguna hanya menjadikan kemudahan ini untuk "menganiayai" diri sendiri, itulah yang diperolehi.

NUR SYAIRAH MOHAMAD
A 128536
FSSK/2

Fatin said...

Salam,

Sememangnya semua perkara ada baik dan buruknya. Namun jika diniatkan untuk kebaikan, maka ia akan menjurus kepada kebaikan dan memberi banyak manfaat.Begitu juga dengan teknologi pada masa kini yang mempunyai pelbagai kemudahan yang memberikan manfaat kepada manusia namun ianya beragntung kepada niat dan kepandaian mereka menggunakannya.

Sebelum ini kita dikhabarkan bahawa laman sosial tersebut turut digunakan oleh ah long untuk tujuan mengugut mangsa-mangsa mereka. Ah long dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk memalukan mangsa. Maka penggunaan Facebook mempunyai kesan positif dan negatifnya. Namun segalanya bergantung pada niat.

FATIN FARHANA ZAKARIA
A127817
FSSK/2

post said...

Saya tertarik dengan isu yang diutarakan saudari Norsyazana ini. Memang tidak dinafikan zaman kita kini kian berubah. Jika kita imbas kembali zaman kanak-kanak kita tahun 90 an, teknologi maklumat kian berkembang. Tetapi, kini segalanya di hujung jari. Kanak-kanak sudah tidak kekok dengan IT dan mereka semakin pakar menggunakannya tanpa bantuan orang dewasa. Namun, jika kita perhatikan, ketika ini ibu bapa pula yang kurang faham tentang teknologi maklumat ini sehinggakan anak-anak diberi kepercayaan melayari internet sendirian. Maka, ibu bapa harus berhati-hati dan mengambil berat akan aktiviti anak-anak pada abad ini.sekian..

Roziana Binti Ab Rasit
A123927
FST/3
Tutorial:Selasa,8 p.m

Mariam Aisyah said...

Assalamualaikum,

Tidak dapat dinafikan lagi sekarang bahawa laman-laman sosial seperti yang dinyatakan saudari memonopoli dunia Internet dan teknologi pada masa sekarang. Adalah benar bahawa sesetengah pendapat mengatakan bahawa laman sosial adalah untuk "bersosial" secara maya sahaja. Akan tetapi, kita tidak perlu berfikiran sempit dengan hanya bersosial, ini kerana laman sosial juga seperti ulasan saudari boleh membantu secara efisyien dan efektif dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Selain itu, dengan penggunaan laman sosial dalam pembelejaran juga membolehkan pengajar dan pelajar memberi dan menerima maklumat dengan cepat dan efektif. Selain itu juga boleh menjimatkan masa dan tenaga. Dengan ini kedua-dua pengajar dan pelajar bolehlah memanfaatkan lagi penggunaan laman sosial dan bukanlah hanya untuk bersosial sahaja.

NURMARIAM AISYAH BINTI HASHIM
A130905
PENGAJIAN BAHASA INGGERIS, FSSK
TAHUN 2 SEM 2, SESI 2010/2011
Tutorial Selasa, 8.00-10.00 malam, Makmal 3 Fakulti Pendidikan

namr said...

Sebenarnya laman web sosial ini bergantung kepada pengguna sendiri. Jika pengguna ketagih dengan permainan yang disediakan atau lebih berminat untuk menambah bilangan kawan sahaja, memang menjadi satu masalah yang membawa kepada keburukan. Tetapi jika ianya digunakan untuk tujuan menyebarkan maklumat atau berkongsi pendapat, ianya akan menjadi satu kebaikan. Persoalannya di sini, adakah ramai yang menggunakan laman web sosial untuk tujuan pembelajaran? Untuk tujuan menyebarkan announcement, ianya agak selalu, tetapi untuk perbincangan untuk pembelajaran, sebenarnya agak jarang dilihat melainkan laman web tersebut memang dibuat khas untuk tujuan pendidikan.

NUR AKMAL BINTI MOHAMED ROZALI
A126692
FST/2 PROGRAM GENETIK (PPBsBt)

~Cahaya Terpilih~ said...

salam.
suatu isu yamg menarik untuk dibincangkan kerana hari ini, semua lapisan masyarakat sedar akan kewujudan dan perkembangan laman sosial ini.
Banyak kebaikan dan keburukan yang diperoleh. namun semua pihak harus bertindak bijak dalam mengaplikasikan laman sosial ini sebagai medium pendidikan dan pengajaran.
Sekian~

NUR MUNIRAH BT.SABKI
A 125126
FST/3 BIOLOGI(BOTANI)
2 2010/2011

Faizal Ismail said...

laman sosial yang boleh digunakan melalui rangkaian internet sememangnya mempunyai kelebihan dan juga kelemahan tertentu kepada pengguna. oleh itu, pengguna harus bijak menilai dan menggunakan kelebihan yang ada serta bijak untuk menghindari daripada keburukan yang terdapat melaluinya. namun begitu, pihak lain seperti ibu bapa dan juga guru contohnya juga perlu memainkan peranan dalam mengawala dan menjelaskan dimana keperluan untuk menggunakan laman sosial agar tidak berlaku penyalahgunaan sehingga memberikan impak kepada mereka.

MOHD FAIZAL BIN ISMAIL
A128748
MENTION/FSSK/2
SEMESTER 2/2010/2011
TUTORIAL SELASA/9 P.M

sakinah mawaddah said...

Assalamualaikum Syazana,

Adalah mustahil sesuatu perkara itu sangat sempurna, pasti akan ada ketempangannya. begitulah juga dengan kecangihan teknologi kini.
Suka untuk saya selitkan kata-kata daripada Dr 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni :

"Jangan sangka bahawa anda akan diberikan anugerah dalam segala hal, tetapi yakinlah bahawa anda akan mendapat banyak kebaikan. sedangkan jika anda berfikir bahawa anda akan mendapat seluruh anugerah dan pemberian, maka hal itu adalah mustahil".

Selaku pengguna kita dikurniakan akal dan kita sendiri yang dapat menentukan jalan yang membawa kebaikan buat diri kita sendiri.

SAKINAH BINTI RAMLI
A130757
TAHUN 2(SEM 2 2010/2011)
PSIKOLOGI,FSSK
SELASA 8-10 MALAM
MAKMAL 3

MuhdNabilJamil said...

Penggunaan laman sosial mampu membentuk satu trend yang baru dalam sesi pembelajaran. Ini kerana seperti yang diperbincangkan di atas, penggunaan laman sosial amatlah tinggi dikalangan pelajar sekolah. Jika dipupuk agar menggunakan laman sebagai tempat pembelajaran dan tidak hanya sebagai tempat interaksi sosial, maka penggunaan laman sosial akan menjadi lebih baik sebagai pusat perkongsian ilmu dan mungkin juga mampu menjadi gedung ilmu kepada para pelajar.


MUHAMMAD NABIL BIN JAMIL
A130944
FSSK - KOMUNIKASI & PENGURUSAN MAKLUMAT
TAHUN 2- SEM 2- SESI 2010/2011
TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 DEWAN BUDIMAN.

Md Anuar said...

Laman web sosial telah menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat pada masa kini. Jika diperhatikan, banyak masa pelajar dibazirkan untuk melayari laman web sosial. Penggunaan laman web sosial adalah terletak kepada pengguna itu sendiri. Terdapat pelajar yang memanfaatkan kemudahan berhubung melalui laman sosial untuk berbincang mengenai isu-isu semasa, membuat diskusi bersifat ilmiah dan ada pula yang hanya berbual tentang perkara-perkara remeh. Sebagai pelajar, seseorang perlu bijak memanfaatkan kemudahan yang ada dan tidak mensia-siakannya.

MUHAMMAD ANUAR BIN MAULOD (A130797)
PROGRAM KOMUNIKASI DAN PENGURUSAN MAKLUMAT
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN
TAHUN 2 SEMESTER 2 SESI 2010/2011
TUTORIAL: 8-10pm, SELASA, MAKMAL3 Fakulti Pendidikan

Farida said...

pada pandangan saya, laman web sosial ini sebenarnya banyak manfaatnya kerana boleh berjumpa dengan rakan-rakan lama selain merupakan medium untuk berhubung dan berbincang bahkan terdapat e-grup yang boleh berkongsi pelbagai ilmu dan panduan. Walaupun terdapat pro dan kontranya, masyrakat haruslah menggunakan medium ini untuk kebaikan bersama.

FARIDAH HANIS BT HOOD
A130471
FSSK SEM 2 2010/2011
TUTORIAL SELASA 8 MALAM

Unknown said...

saya mengambil sesetangah dari komentar untk buat tgasan,trm ksh smua..

Unknown said...

terima kasih atas maklumat yang disampaikan.melalui maklumat ini,saya dapat pelbagai info mengenai penggunaan gajel dalam laman sosial.

Post a Comment